Wednesday, May 18, 2011

Di Mana Aku



Di mana aku saat kau dalam pelukannya
Di mana aku saat kau lafaz cinta pada nya
Di mana aku saat kau cumbu wajahnya
Di mana aku saat kau bilang kau masih sayangkannya
Di mana aku ,, Di mana aku... Di mana aku.....

Ye, harusnya aku x perlu tahu...
kerna kau bukan milik aku...
sebab aku cemburu....
yang perlu aku tahu,,, diam dan kaku...
Kerna kau dan aku tidak mungkin bersatu...
Lalu pilih yang mana satu???
Ada kau mampu???

Nadia, UUM Sintok, 0205 am, 18052011

Wednesday, May 11, 2011

EXAM MOOD



KALAU IKUT KATA HATI
MAU BUKAK BLOG HARI-HARI
TAPI X BOLEH LAH MACAM NI
SEBAB EXAM X HABIS LAGI...


Tuesday, May 10, 2011

"ABANG"

google source



ADAKAH WUJUDNYA "ABANG SEPERTI INI"

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah
tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di
sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini
dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa
abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi
abang boleh buktikan bahawa abang memang
cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-
kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang
dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan
senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah
cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang
beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu
diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh
itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai
mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai
mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti
sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai
mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya
dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala
perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

(Renungilah bersama)

Saturday, May 7, 2011

Enam soalan Imam Ghazali~







Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". 

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )
 
 

Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". 

apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. 

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )



Keempat : Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" 


Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. 

kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah".

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )




Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. 

kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.




Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... 

Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". 

Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
 
 
Berpesanlah walaupun satu ayat~

Friday, May 6, 2011

KERANA DIA BONDA.... Happy mother's day

 



Ibu

terima kasih tidak terhingga
mendidik aku hingga berjaya
walau payah kau telan jua
untuk kami kau setia...


Ibu
Walau kita tidak kaya,
tapi ternyata aku gembira,
cukup dengan senyumanmu bonda,
untuk aku rasa bahagia....


Ibu
telah kau habis kan masa muda,

telah kau telan semua kata nista,
hanya untuk melihat kami selesa,
walaupun dihati kau menangis hiba...



Ibu
Bila aku sudah berjaya,
Bila aku sudah ada yang punya,
Aku minta supaya aku tidak alpa,
Untuk ku balas jasamu bonda...


Ibu
Andai tiba suatu masa,
saat itu aku leka,
saat itu aku terlupa,
ingatkan aku azab neraka...


Ibu
halalkan segala-galanya,
yang kau beri sejak mula,
Hanya tuhan yg tahu apa yang ku rasa,
tak mampu ku balas walau kau x minta....


Ibu
maafkan segala DOSA,
Moga kau mendapat SYURGA....
Kerana kau insan MULIA....
Ikhlas dariku NADIA....



KASIH BONDA BAWA BAHAGIA
KASIH BONDA BAWA KE SYURGA
OLEH ITU INGATLAH ANAKANDA
JANGAN KAU JADI DURHAKA.....



Nukilan : C.N.S , UUM SINTOK , 0305 pm, Mei 06
 

Thursday, May 5, 2011

Bukan Permata....

Goole source
~  SEADANYA AKU....

Andai satu hari nanti, Kita ditakdirkan bersama, Melayari bahtera kehidupan, Usah kau impikan selaut sutera keindahan, Usah kau igaukan kasih yang mengunung tanpa puncak, Juga usah kau harapkan Kesempurnaan diri ini..

Aku bukan Siti Khadijah, Mahupun permata Siti Fatimah, Aku bukan Siti Aisyah, Mahupun Ummul Mukminin lain, Bukan juga Rabiatul Adawiyah, Wanita sufi terpuji, Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Masyitah, Asiah, Sumaiyah..

Mengertilah dengan waras keislaman, Aku hanyalah wanita akhir zaman, Yang masih cuba mempertahankan maruah, Dan kesucian diri sebagai muslimah, Berlandaskan garisannya, Dalam mengharungi kegawatan masa kini, Yang serba palsu dan penuh onak duri, Dengan kemampuan sekuman cuma..

Demi keranaNya semata, Tidak kutagih apa-apa darimu, Cuma ku pohon sebuah pengertian,
Dan kasih sayang suci, Bahawa aku adalah amanat untukmu..Andai ditakdirkan kita bersama ...




credit to : cumahamba.blog

Wednesday, May 4, 2011

AKU BUKAN PENGGODA

 
Beauty Marimar....
source by: Google



Aku bukan penggoda
seperti yang kau kata
kerna aku hanya ngada-ngada
sebab kau bilang kau suka...

Aku bukan penggoda
yang bisa kau noda
bila aku bisa kata
aku susah jatuh cinta....

Aku bukan penggoda
oleh itu aku perlu bangga
kerana kita tak serupa
jadi jangan cuba-cuba....

Aku bukan penggoda
kerna iman masih di dada
jangan kau tuduh x tentu hala
kerana aku masih setia

AKU BUKAN PENGGODA


AKU BUKAN PENGGODA


JANGAN KAU MENGADA-NGADA

JANGAN SAMPAI NANTI AKU LADA!!!!





Senget, sbb sy bukan penggoda...



Hasil Nukilan C.N.S
UUM Sintok, May 04/05/11 , 03.58 am

KAU MEMANG THE BOMB la sangat..... huh...


How do i look?
google source



I DON'T CARE WHO YOU ARE, WHERE YOUR FROM, AS LONG AS YOU LOVE ME..... yeahhh...
blh ke macam gitu?

Boleh, bg mereka yg merasakan blh... sbb tiada yg betul atau salah dalam memberi pendapat... untuk entry kali ni ianya lebih berkenaan atau berkaitan dengan perasaan... saper pun berhak bukan?? sebab sejak dr kecik kita x pernah dengar ada orang memang x dibenarkan mempunyai apa2 pun perasaan... so lebih baik kau jadi bayang2.... sebab kalau nak jadi binatang haiwan atau pun tumbuh-tumbuhan makhluk alam tu juga punya perasaan..... kalo x percaya cuba korang kacau ibu ayam yg sedang bersantai dengan anak2 kecik dia yg baru lahir, mmg slamat lah hidup kalo korang x kena kejar.... mmg itu binatang yg x punya perasaan.... tp mostly jarang tgk kan?? sbb dorang pun ada perasaan... 


Berbalik kepada tajuk... sesuatu itu dipilih kerana ianya memang dipilih? ataupun ianya dipilih kerana ciri2 yang ada padanya untuk melayakkan dia dipilih ? atau memang TANGKAP MUAT JE sbb dah x der pilihan?? heyy derr mana blh camgitu kan.... memilih dan dipilih adalah satu perkara yg berbeza... apabila kita MEMILIH itu dikira sebagai satu tanggungjawab kita untuk mencari sesuatu mengikut kehendak kita.... dan apabila kita DIPILIH itu adalah satu penghargaan besar buat diri kita.... tp kenapa totally manusia akan suka mengubah apa yg telah dipilih? ye memang HARUS untuk mengubah sesuatu itu kepada yg lebih baik, tapi kalau ianya tidak lebih kepada hanya untuk kepentingan diri bagaimana??



Saya bercakap lebih kepada apabila kita memilih pasangan...memilih pasangan bukan sesenang memilih artis pilihan untuk di undi melalui sms, ianya juga tidak sesenang memilih ikan d pasar ( exspecially for those yg x expert la, sbb kalo mcm mak2 kita memang expert bab2 ikan ni.. tgk mata ikan je dah tahu matinya bila) ... sebab memilih pasangan untuk for the rest of your life adalah sgt2 susah.... sebab apa susah, sebab apabila kita dah memilih, pasti akan terjumpa jer sebab2 yg kita rasa mcm x blh terima apa yg kita pilih... btl x? kalo x betul x kan statistik menunjukkan org bercerai semakin tinggi kebelakangan ni ( hanya sbg contoh, mungkin ada sbb lain, hanya ALLAH yg tahu) ....

 TIPIKAL PEMIKIRAN MASYARAKAT : 

"Eh u cantik mcm Lisa surihani, mmg layaklah u dapat lelaki handsome mcm Yusri".....
                                                         
                                                      atau

uhhh,knp perempuan mcm tu dapat lelaki mcm tu.. x sesuai langsung.. mmg x padan... kaloo aku padan la dgn lelaki tu...

yearkkk , what the ikan...

Sebelum memilih pasangan utk di jadikan teman hidup pastikan ianya bukan untuk menjadi model anda, atau menjadi penyedap mata anda, atau pun menjadi  apa2 lah yg anda inginkan... kerna kelak jika kamu tidak berpuas hati ttg dirinya pasti akan adanya drama2 yg mungkin akan berpenghujung dgn sesuatu yg x pernah ada org ignkan.. bak kata pepatah time bercinta, " i nak hidup dengan u smpai mati, smpai bila2"... tp once kita dah menerima dia sbg pasangan yg SAH, x guna berpatah balik... sbb itu jalan yg telah kita pilih... bukan senang untuk hidup d dlm keluarga yg x complete, sbb bg saper yg berpengalaman pasti akan tahu mcm mana rasa nya....

kita x kan blh cakap:

  • "eh you i benci you sbb u suka ternak ayam, tp i pulak takut ayam"...

                                                                     atau

  • " kita clash la sbb awk makan petai, mulot awk  busuk berbau, mengalahkan perfume gucci 
                                                                     atau
  • "kalo u nak jugak i, u kena jadi katak.. sbb i membayangkan pasangan i ala2 putera kata, alaaaaa yg mcm citer Nora danish blakon tu"
cth jawapan paling best utk org cm gini :      kalo u nk sgt putra katak , u la jadi KATAK.. sbb muka u mmg comel mcm katak. mesti putra katak akan pilih u bila u bertukar jadi katak.. comfem u..!!


Blh ke sbb mcm ni contohnya kita nak meletakkan syarat keatas seseorang yg kita mahukan jadi teman kita.... mana blh kan....x berdosa kalo febret petai ke, or suka bela ayam ke, atau bukan katak ke... sbb manusia x sempurna... cuba kita sblm demand ttg sesuatu tu kita tgk diri kita sendiri.... senaraikan apa kekurangan kita dan bandingkan dengan kelebihan dia... LAYAK KE KITA NI? jadi dgn cara tu kita akan sedar diri kita sblm kita mengharapkan yg terbaik dari org lain...




cik nana serindit

kerana diriku begitu berharga,,,, so what?? x puas hati???  grrrr



copyright : C.N.S....

Tuesday, May 3, 2011

I am nobodY......






~Kerana aku tak sehebat Khadijah yang begitu sempurna..

~ Kerana aku tak setabah Rabiatul Adawiyah yg begitu setia dlm sengsara..

~ Kerana aku jua tak sekuat dan seteguh Sarah, apatah lagi secantik Balqis..

~Malah kasihku jua tak setulus Zulaikha..

~ Lalu bantulah aku Ya Allah mencari jalan pulang ke sisi Mu..



credit to: This blog

Monday, May 2, 2011

HATI





HATI....
ada masa ia akan gembira...
ada masa ia akan berduka...
ada masa ia akan terluka...

Hati...

kuatnya bukan seperti kayu jati...
yg bisa mencengkam hingga ke akar umbi...
kerana hati tidak boleh ditukar ganti...
kerana hati milik abadi....

Hati....
x kan selamanya akan kekal tidak berganti ...
sedangkan musim pun bertukar hari ...
inikan pula bila bicara soal hati...

Hati...
sama2 jaga hati...
agar tiada yang di sakiti..
agar tiada yang dilukai...
kerna hati bisa mati...
bila tiba saatnya nanti....
oleh itu sila HATI-HATI...


U Mmg Playboy!!



p/s: ENTRY INI BUKAN BERKAITAN DENGAN SAPER2 HANYA TENTANG HANDPHONE SAYA...

image dr abg google




Dalam hidup berapa banyak pilihan yang kita ada? dan berapa kali kita berjaya dalam membuat pilihan? atau mungkin di sesuatu masa kita akan berhadapan dengan terlalu banyak pilihan sehinggakan kita merasa selesa untuk terus memilih dan terus memilih kerana kita masih punya banyak pilihan... andaikan sahaja kita punya dua pilihan. yang mana harus di pilih, yang pertama atau yang kedua.... ataupun kita ingin punya kedua2 nya, kerna senang untuk masa akan datang... kerna andai pilihan yg pertama tak menepati syarat, akan ada pilihan kedua yg di jadikan "backup" kpd kita... oh SANGAT TIDAK ADIL BUKAN?? 


 walau kita dihadapkan
dengan belbagai pilihan
mengapa sering terjadi
pilihan x menepati ??


Lirik lagu tu mmg tepat menggambarkan ttg pilihan yang kita buat... MANUSIA SEMEMANGNYA TIDAK AKAN PERNAH PUAS DENGAN APA YANG KITA ADA.... menang tidak akan pernah.. ye sebagai manusia tipulakan kalau kita akan selamanya berpuas hati dengan apa yg kita ada.... mungkin akan ada perkara yang kita berpuas hati ttg diri kita atau apa yang ada di sekeliling kita tp x mungkin semua memuaskan nafsu kita sebagai manusia ..... PILIHAN SAMPAI BILA-BILA PUN X AKAN PERNAH TEPAT JIKA KITA TIDAK BERSYUKUR.. mana ada insan sempurna? mana ada perkara yang akan betul2 bertepatan dgn apa yg kita inginkan.... jd sbb tu lah menerima lah sesuatu kekurangan itu dengan memandang kelebihan yg ada... sbb dgn cara mcm tu shj kita dapat kata yg kita telah membuat pilihan yg tepat...

Saya punya dua pilihan, di mana pilihan pertama sy yang sangat saya sayang...manakala yg kedua pula yg baru dtg dlm hidup sy.... org kata cinta pertama x mungkin kita lupa... sbb dialah yg pertama memenuhi ruang hati kita.... yg kedua pula sebagai penyedap terhadap pilihan saya.... tp malangnya di pertengahan jalan cinta kami, dia sakit.... of cos la sedih.... tp x perlah sy masih ada pilihan yg kedua.. masih sihat dan segar bugar... walaupun yg kedua ni mcm tagkap muat je,,, dan x sehebat yg pertama masa sy mula2 kenal, tp cukup lah untuk menghiburkan hati saya.... malangnya kedua2nya skrg mcm membuatkan SELERA SAYA PADAN DENGAN KELEMAHANNYA... duat2 slalu buat rungsing... memang nmpak mcm tamak kan, sbb sy masih simpan dua2 nya bersama sy... walaupun dua2 nya dah x mcm kehendak naluri sy, tp once saya sudah punya selamanya akan sy simpan....

Pilihan yg ketiga adalah pilihan yg terbaik yg munkin sy dpt pada firasat sy... oh, tamak lg sy.... tp nak buat mcm mana sy memang memerlukannya.. SBB MANUSIA MEMANG X KAN PERNAH PUAS.. MEMANG X AKAN PERNAH!!! tp berbalik kepada kemampuan diri, sy tidak mampu.. sgt2 tidak mampu.. jadi sy menurunkan darjah nafsu saya sebawah2nya supaya saya sedar kemampuan sy hanya pada dua diatas....walaupun dua2 nya dah x cantik, terpaksalah saya terima sebab saya jugak sudah X HANDSOME untuk cari yg ketiga... ye SAYA SANGAT SEDAR DIRI...

Makanya sy akan terus menggunakan dua talifon sy, yg pertama hanya utk angkat phone,, yg kedua untuk mesej.... maaf sebab saper2 yg nak harap saya tepon dorang, memang x blh,,, sbb dua2 phone sy sakit,, sy hanya blh msj dan jawab phone sahaja,, ini kes bukan KES JIMAT KREDIT OK,,, cerita benar... sy harap bila sy sudah handsome nt sy akan blh ngorat yg ketiga.... skrg sy terpaksa SETIA dulu.... hehehe



Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya


p/s: gambar hencik Aaron aziz x der kena mengena dgn entry,, hanya diambil kerana wajahnya sgt lah kacak...


Sunday, May 1, 2011

Buat kau yang bernama "DEGREE"









DEGREE.... kerana dirimu begitu aku hargai.....


Alhamdulillah hampir tamat sudah perjuangan hampir tiga tahun berada di bumi Sintok... terlalu banyak rasanya masam manis sepanjang mendapatkan dirimu "DEGREE" .. terlalu banyak perkara yang perlu yang di korbankan ... tiga tahun , bukan ibarat 3 jam, 3 hari, atau pun tiga minggu... akhirnya penat jerih tiga tahun hampir sampai ke penamatnya...

Bak kata pepatah menuntut ilmu biar sampai ke negeri China... walau pun x sampai ke oversea, over the sungai pun okey la .. hehe.. dari Pahang perjalanan CNS jauh ke Kedah, semata2 untuk tiga tahun menuntut ilmu.. pada mulanya siapa x seronok apabila mendapat tawaran menyambung belajar... mana2 yg pernah mengalami situasi mendapat tawaran belajar adalah satu moment yg x mungkin dilupakan, walaupun pada masa tu rasa dapat kat UUM terlalu jauh, tp terpaksa pergi.. (sbb mana ada universiti kat belakang rumah yang senang nak ulang alik kan...  ) 

Pertama menjejakkan kaki ke sini mmg masa tu exited, tp bila masa ibu dah nak balik time menghantar tu rasa sebak semacam... rasanya nya nk nangis balik bila terfikirkan saat tu...tp rasa mcm agak berbangga bila akhirnya masuk jugak universiti...  dan buktikan pd ibu sy juga blh.... lepas ibu balik bermulalah saat kehidupan orentasi.. orentasi kat UUM alhamdulillah okey.. terima kasih x terhingga buat abang2 n kakak2 senior yg x membuli pada masa tu.. then setelah seminggu bermulalah era kuliah sepertimana setiap pelajar mengalaminya, KULIAH ----> ASSIGNMENT -----> EXAM..

Di saat semester kedua berada di UUM , barulah rasa benar2 "teruji".. masa tu arwah atuk KESAYANGAN pergi menghadap Ilahi... sedih sgt time tu... dah la ddk jauh, masa dapat berita ttg atuk meninggal tu rasa mcm nak terbang je blk lipis saat tu... tp apa kan daya CNS bukan burung.. waktu tu blk naik buas kul 5 petang. then sampai dekat KL kul 11 mlm kalo x silap.. kebetulan plak time tu malam minggu, keadaan dekat puduraya time tu mmg happening gile la... dlm mood sedey2 tu takut sgt,, sementara tunggu pak cik CNS amik CNS hanya berdiri tepi jalan sorang... mujurlah time tu x der perkara yg x diingini berlaku, sbb pakcik smpai agak lewat memandangkan jalan raya jam.. smpai kg arwah atuk dah dikebumikan... sedeynya x sempat tengok.. hanya tuhan saja yg tahu masa tu punya perasaan.... apapun kena redha dgn ketentuan Ilahi...

Pejam celik pejam celik,dah  tinggal dalam 25 hari saja lagi CNS akan berada di bumi Sintok ni... terlalu banyak kenangan sepanjang di sini... org kata ,sbg budak baru belajar nak hidup byk perkara yang perlu tahu supaya akan datang x sesat... bukan mudah nak menggengam segulung ijazah... tambahan pula CNS bukan lah antara org yg tiptop bila belajar... tp setiap org CNS percaya setiap orang akan ada bahagiannya tersendiri di bumi ALLAH ni..jadi berusahalah untuk mendapatkan "bahagian itu" kerana ianya tidak akan dtg secara percuma di depan mata kita...

 Apapun semakin jauh kita berjalan semakin banyak pengalaman yg kita akan dapat.... CNS dpt kawan dr Jb, dr Sabah, dan byk lg.... orang kata saat berjauhan dr kluarga time tu lah kawan sgt memberi peranan dalam kehidupan seharian kita.. ye mmg betul.... jd kita mmg x blh hidup sebagai KERA SUMBANG, yg mana tidak ada kawan dan hanya hidup di bawah kepompong diri sendiri.... sepanjang ada kat sini member2 lah kenangan yg CNS akan igt smpai bila2 , sbb kwn2 CNS semuanya mmg kwan yg ada masa susah dan ada masa senang... ='( sayu la plak.. uhuk2

So, moga exam akhir ni dapat CNS laksanakan dengan jayanya.... dalam hati cuma tuhan saja tahu betapa rindunya kepada kat kampong  ... dengan langkah2 terakhir kat sini , semoga ianya akn menjadi memori terindah sepanjang mendapatkan mu DEGREE...






Permandangan dari koridor 

 






Akan merindui suasana kuliah ... 
(masa ni duduk blakang depan skali.. :P  slalu CNS ddk depan, hehe jgn percaya itu tipu semata)



 Ni la blog CNS dr bawah






Ni our faculty.. tp kitorang kat UUM x panggil fakulti, tp panggil Kolej.. klakar unik kan? 





Ni plak pintu gerbang UUM ( gambar mcm harem sbb tangkap dr dlm bus)





hehehe... sepanjang di UUM kalo sehari x tgk muka dorang ni x sah...


THE MOST IMPORTANT TRADE MARK THAT ALWAYS REMIND ME BOUT UUM, IS, THE CUTE MONKEY...