Friday, May 6, 2011

KERANA DIA BONDA.... Happy mother's day

 



Ibu

terima kasih tidak terhingga
mendidik aku hingga berjaya
walau payah kau telan jua
untuk kami kau setia...


Ibu
Walau kita tidak kaya,
tapi ternyata aku gembira,
cukup dengan senyumanmu bonda,
untuk aku rasa bahagia....


Ibu
telah kau habis kan masa muda,

telah kau telan semua kata nista,
hanya untuk melihat kami selesa,
walaupun dihati kau menangis hiba...



Ibu
Bila aku sudah berjaya,
Bila aku sudah ada yang punya,
Aku minta supaya aku tidak alpa,
Untuk ku balas jasamu bonda...


Ibu
Andai tiba suatu masa,
saat itu aku leka,
saat itu aku terlupa,
ingatkan aku azab neraka...


Ibu
halalkan segala-galanya,
yang kau beri sejak mula,
Hanya tuhan yg tahu apa yang ku rasa,
tak mampu ku balas walau kau x minta....


Ibu
maafkan segala DOSA,
Moga kau mendapat SYURGA....
Kerana kau insan MULIA....
Ikhlas dariku NADIA....



KASIH BONDA BAWA BAHAGIA
KASIH BONDA BAWA KE SYURGA
OLEH ITU INGATLAH ANAKANDA
JANGAN KAU JADI DURHAKA.....



Nukilan : C.N.S , UUM SINTOK , 0305 pm, Mei 06
 

9 comments:

  1. selamat hari bonda mama..... dr anakanda yg jauh dan xpernah dikenali..hu3

    ReplyDelete
  2. mekasih en payid... selamat hari binda buat bonda2 d malaysia

    ReplyDelete
  3. kasih ibu sepanjang zaman..

    ReplyDelete
  4. betul abah.....
    x akan ada pengganti untuk seorang ibu.... :(

    ReplyDelete
  5. semua syg kan insan yg bernama ibu..

    btw thanks sudi visit sy syafiq

    ReplyDelete
  6. thanks lala sbb sudi jenguk my blog.... slamat hari ibu juga for ur mum

    ReplyDelete