Tuesday, May 10, 2011

"ABANG"

google source



ADAKAH WUJUDNYA "ABANG SEPERTI INI"

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah
tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di
sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini
dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa
abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi
abang boleh buktikan bahawa abang memang
cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-
kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang
dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan
senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah
cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang
beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu
diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh
itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai
mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu...
sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai
mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti
sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai
mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya
dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala
perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

(Renungilah bersama)

26 comments:

  1. boleh x kalau ada mamat tu dtg jumpa nana and cakap

    mamat:nana, aku mencintaimu..
    nana: aikkk nape cinta kan i??
    mamat: cinta xperlukan sebab nana..

    keh3

    ReplyDelete
  2. heeheheeeee,,,,, amboiiii...
    mmg x blh laaa,,,, heheee

    ReplyDelete
  3. dahtu, posting nana jgk yg cakap... cinta x perlukan sebab"...keh3

    ReplyDelete
  4. adeiii... lebih kepada pengajaran dan pemahamam sendiri..... kalau lah cinta x perlukan sbb dah lama kita terima je kan sape2 yg adaa :)

    ReplyDelete
  5. cik fatin thnks sudi drop komen ... ^+^

    ReplyDelete
  6. Aish, kalau lagi sy yg bagi surat ni.. dah merajuk dah..hehe org tgh sakit nie..hehe

    ReplyDelete
  7. sayang kerana taik lalatmu aku mencintaimu..kalau lalat tak ada taik cmne...hahaha...
    emmm...betul gak kan???
    cinta??hanya kadang2 ungkapan kata2....

    ReplyDelete
  8. lala syahiela,,, hehee.... kena bg time x sakit la,,, kalo x, x pasai2 betambah sakit,, hehe

    ReplyDelete
  9. hehe... btl farhan.. kot2 hilang taik lalat lepas wat leser terus x cinta.. hehe. sape nk jwb tuhhh

    ReplyDelete
  10. cinta x perlukan sebab...tp pengorbanan...

    ReplyDelete
  11. Cinta itu susah utk digambarkan..

    Aku ingin menjadi "Abang" yg terbaik!
    Insha'Allah.. Suatu hari nnti..

    ReplyDelete
  12. terima kasih shaheila....
    kalo time sakit dapat surat mcm ni memang terharu.. heheee tp time tu emosi pun x btl, silap2 makin sakit.hehe

    ReplyDelete
  13. farhan, kalo taik lalat bertambah mcm mana? hehe

    ReplyDelete
  14. Hye nadia, bila mau app?

    ReplyDelete
  15. klu cinta msti ada sbb kot...mn bleh xde..hehe..kecuali la cinta buta...=P

    ReplyDelete
  16. ske larh post nie. xpe x nk copy? nak post kt blog. pleaseeeeeeeeeee.

    ReplyDelete
  17. emma, ok sila la,,, sy pun copy jgk ^^

    ReplyDelete
  18. wahaaaaaaaaa. touching nya baca ni.. sweet sgt :DD

    ReplyDelete